Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
ARTIKEL ARTIKEL  
Bidang Utama Jabatan
<< Kembali

Ditulis oleh Administrator
01 July 2005

     Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPV) telah mengenalpasti lima ( 5 ) bidang keutamaan perkhidmatan yang akan diberikan tumpuan dalam pelaksanaan Dasar Pertanian Negara Ke 3 (DPN3 ).

     Dalam tempoh 2001-2010, semua perkhidmatan ini dilaksanakan serentak dengan menggunakan tenaga manusia secara maksimum terutama sekali di peringkat daerah. Perlaksanaan yang berkesan memerlukan Ketua Pejabat di Daerah yang berupaya merancang dan menggerakkan jentera pelbagai agensi serta memantau keberkesanan program. PeIaksana wajib menguasai kemahiran iktisas yang tinggi dalam pengurusan projek, pengurusan tenaga manusia, pengurusan maklumat dan pembentukan jaringan kerjasama yang berkesan, selain dari memiliki keunggulan dalam ilmu veterinar.

     Pengurusan semasa Pejabat Veterinar Daerah hanya ditangani oleh pegawai berkelulusan Diploma atau Sijil Pelajaran Malaysia. Walaupun mereka sudah menjalani pelbagai kursus dalam perkhidmatan, tahap keupayaan mereka terbatas kepada kerja-kerja separa iktisas dan tidak dapat memenuhi tahap keperluan perkhidmatan iktisas yang menjadi pemangkin kepada proses pembangunan industri ternakan.