Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | KERATAN AKHBAR |
Ditulis oleh Administrator
30 June 2005
KUALA KANGSAR: Penternak ayam yang menjalani latihan sistem ternakan secara tertutup anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan diberi sijil yang melayakkan mereka secara automatik menerima pinjaman daripada Bank Rakyat sebanyak RM250,000.
Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Abdul Hadi Abdul Majid, berkata Bank Rakyat menyediakan pinjaman itu membantu LPP mencapai sasaran melaksanakan projek ternakan ayam secara tertutup menjelang 2006.
Beliau berkata, masih banyak penternak menggunakan sistem terbuka. “Mereka yang berhasrat menceburi projek ternakan ayam secara tertutup boleh mendapatkan latihan pengurusan projek terbabit daripada PPK.
“PPK bertindak sebagai kaunselor dalam memberikan khidmat nasihat di samping penyelaras bagi setiap projek, manakala penternak hanya menyelia ladang,” katanya selepas merasmikan program Latihan Ternakan Ayam Secara Tertutup di PPK Senggang, Manong, kelmarin.
Abdul Hadi berkata, projek ternakan ayam secara tertutup mampu menghalang penyakit bawaan lalat selain mengatasi masalah bau . Beliau berkata, kadar kematian ternakan juga tidak melebihi tiga peratus berbanding 30 peratus yang dialami penternak secara terbuka. “Dengan menggunakan kaedah secara tertutup, suhu setiap sangkar dikekalkan kepada 26 darjah Celsius melalui kaedah pengawalan menggunakan alat penghawa dingin,” katanya.
Sumber: Berita Harian 26 - 30 Jun 2005