Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | KERATAN AKHBAR |
Ditulis oleh Administrator
30 March 2006
BALING, 26 Feb (Bernama) -- Kawasan hutan di Kota Tinggi, Johor, kini menjadi tumpuan kumpulan penyelidik dan media Barat dalam usaha menjejak kehadiran makhluk Bigfoot.
Namun, tumpuan di selatan tanahair itu mungkin beralih ke utara Semenanjung apabila seorang penduduk tempatan mendakwa pernah menemui kesan tapak makhluk itu di pinggir Sungai Sedim di sini September lepas.
Amir Harun, 49, dari Kampung Sungai Buloh di sini mendakwa pernah terjumpa beberapa kesan tapak kaki berukuran sepanjang lebih 45 sentimeter dan lebih 15sm lebar ketika mencari hasil hutan di pinggir sungai itu.
"Saya yakin kesan tapak kaki sebesar itu bukan kesan tapak kaki manusia," katanya.
Amir berkata penemuan tapak kaki luar biasa itu memperkuatkan tanggapannya terhadap kisah kehadiran makhluk besar dan berbulu itu seperti yang pernah diceritakan penduduk di sini sebelum ini.
Amir berkata beliau yakin makhluk itu masih berhabitat di kawasan rimba di sempadan Kedah-Perak terutama di sekitar Gunung Inas, Kedah dan Gunung Bintang, Gerik, Perak.
Beliau mendakwa penjala ikan pernah kehilangan ikan yang mereka jala di Sungai Sedim selepas menyangkut hasil tangkapan mereka di dahan kayu, dipercayai dimakan oleh makhluk itu.
Ini kerana terdapat kesan sisa ikan di kawasan berhampiran, katanya.
Seorang lagi penduduk, Jamaludin Ahmad, 49, dari kampung yang sama mendakwa pernah terjumpa kesan tapak kaki yang besar beberapa kali ketika mencari petai di rimba berhampiran sungai Sedim.
"Saya sudah beberapa kali terjumpa kesan tapak kaki besar dalam rimba berhampiran tebing Sungai Sedim terutama semasa musim kemarau tetapi tak pernah tengok makhluk itu," katanya.