Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | KERATAN AKHBAR |
Ditulis oleh Administrator
17 August 2006
Oleh Faiza Zainudin
GEORGETOWN: Cinta kepada alam sekitar dan haiwan mendorong bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Tan Sri Dr Ahmad Mustaffa Babjee, terus belajar dan menggenggam ijazah buat kali ketujuh.
Dr Ahmad Mustaffa, 69, yang dianugerahkan Sarjana Sains Biologi (Persekitaran) di Universiti Sains Malaysia (USM), semalam, sebelum ini sudah memiliki enam ijazah, termasuk dua ijazah kehormat dan satu doktor falsafah (PhD) dari lima universiti di empat benua dalam pelbagai bidang berkaitan alam sekitar.
Walaupun meniti usia emas, Dr Ahmad Mustaffa yang berambut panjang paras bahu, tidak menganggap faktor umur menghalangnya untuk terus belajar malahan menyifatkan proses pembelajaran adalah sepanjang hayat.
Katanya, ilmu yang diperoleh membolehkannya mendekati alam sekitar dengan lebih rapat termasuk mengetahui sifat haiwan ganas.
Saya tidak menghadapi masalah belajar dan membuat penyelidikan kerana saya memang mencintai bidang ini sejak kecil dan tidak menganggap ia sesuatu yang membebankan.
Walaupun sudah bersara pada 1992, saya tetap membabitkan diri dalam bidang ini termasuk menerbitkan lima buku, ratusan kertas saintifik dan artikel untuk akhbar,? kata anak keenam daripada 12 beradik yang berasal dari negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-35 USM di Dewan Tuanku Syed Putra di sini, semalam.
Majlis konvokesyen sidang pertama itu disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, yang juga Canselor universiti itu.
Sumber: Berita Harian
JPVPP mengucapkan tahniah ke atas kejayaan beliau.