Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | KERATAN AKHBAR |
Ditulis oleh Administrator
17 August 2006
EMPAT masalah utama termasuk kekurangan modal dan tanah dikenal pasti sebagai punca golongan penternak kecil di negeri ini gagal dalam projek yang diusahakan.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Bobbey Suan, berkata dua lagi masalah ialah penggunaan sistem ternakan secara tradisional dan sikap dingin penternak terhadap pembaharuan yang dengan sendirinya membantutnya usaha memajukan sektor pertanian.
"Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan lima strategi iaitu mengalakkan penternak mengikuti program pembangunan ternakan ruminan, di samping merancakkan kemasukan pelabur. "Selain itu, kita turut menggalakkan pengusaha ladang memelihara ternakan ruminan, penyediaan maklumat dan latihan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak serta mewujudkan enam pusat pemasaran ternakan hidup," katanya menjawab soalan Mohd Ariffin Arif (BN-Membakut).
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpuas hati dengan hasil lawatannya ke Sabah pada 8 dan 9 Jun lalu. "Beliau melahirkan rasa puas hati terhadap usaha kita menangani isu kemiskinan di luar bandar, selain melahirkan cadangan supaya konsep pengurusan hutan mapan di Hutan Deramakot dijadikan model kepada negeri lain," katanya menjawab soalan Mohd Ariffin.
Sumber: Berita Harian