Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | KERATAN AKHBAR |
Ditulis oleh Administrator
30 June 2005
BANGKOK: Sebuah perkampungan di Thailand kini sedang bertungkus-lumus membuat persediaan kenduri kahwin yang istimewa dan didakwa pertama seumpamanya di dunia – kerana membabitkan pasangan pengantin lembu jantan dan betina.
Akhbar Daily Telegraph melaporkan, perkahwinan unik pada 10 Julai ini diadakan di wilayah Sa Kaew, 160 kilometer ke timur Bangkok.
Alasan perkahwinan itu adalah bagi memastikan baka baik dua ekor lembu itu dapat terus dilahirkan selepas ini selain menyelesaikan hak rebutan di atas lembu jantan dan betina oleh pemilik masing-masing. Pemilik lembu jantan, Krachang Kanokprasert bercadang membeli lembu betina yang juga bakal pengantin betina itu tetapi pemiliknya enggan menjualnya. – Agensi
Keengganannya itu menyebabkan tiada jalan penyelesaian lain lebih berkesan kecuali mengahwinkan mereka dalam majlis perkahwinan meriah seperti pasangan pengantin manusia. – Agensi
Sumber : Berita Harian 30 Jun 2005
Dikemaskini ( 30 June 2005 )