Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | KERATAN AKHBAR |
Ditulis oleh Administrator
17 August 2006
Kesal sikap JPH
Sumber: Oleh Johan Afandi Harian
Metro
am@hmetro.com
SEGAMAT: Seorang pesara kerajaan kesal dengan sikap lepas tangan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) daerah ini yang enggan bertanggungjawab atas kehilangan tiga ekor lembu miliknya dianggarkan bernilai RM4,500 selepas dirampas di sini, Isnin lalu.
Nordin Che Long, 60, berkata sikap pegawai dan kakitangan JPH berkenaan tidak mencerminkan langsung dasar kerajaan yang `Mesra Pelanggan? sebaliknya, menjatuhkan imej jabatan itu.
Katanya, kejadian berlaku apabila dia bersama dua rakannya hendak memindahkan 15 ekor lembu dari padang ragut di Kampung Paya Mentaus ke kandangnya di Kampung Bukit Pupok di Batu Lima, Jalan Segamat-Muar, di sini.
?Pemindahan itu tidak sampai satu kilometer tetapi terpaksa menggunakan lori kerana jumlah yang besar dan dalam perjalanan ke kandang saya itu, lori kami ditahan tiga pegawai dan kakitangan JPH daerah,? katanya di sini, semalam.
Nordin berkata, beliau kemudian dimaklumkan bahawa semua lembu termasuk lori dirampas kerana kesalahan memindahkan ternakan tanpa permit JPH dan akan dilelong serta merta.
Katanya, beliau benar-benar terkejut dengan tindakan itu kerana tidak pernah dimaklumkan bahawa pemindahan lembu dalam daerah memerlukan permit tetapi meminta ia dapat diselesaikan secara rundingan.
Mereka tidak melayan rayuan saya, sebaliknya terus membawa lori termasuk lembu untuk disimpan di Pejabat JPH Segamat dan meminta saya untuk datang keesokan harinya,? katanya.
Nordin berkata, apabila dia tiba ke pejabat JPH keesokan harinya, didapati hanya terdapat 12 ekor lembu sahaja di dalam lori dan apabila ditanya, semua kakitangan jabatan berkenaan enggan menjawabnya.
Katanya, beliau pasti bilangan lembu berkenaan kerana ternakan itu dimasukkan satu persatu ke dalam lori sebelum diikat.
Disebabkan tidak mendapat jawapan konkrit, beliau membuat satu laporan polis terhadap kehilangan ternakan miliknya.
?Saya mengaku kesalahan dan membeli balik semua 12 ekor lembu berkenaan dengan harga lelong RM5,000 tetapi kesal dengan JPH atas kelalaian mereka hingga menyebabkan tiga ekor lembu saya hilang dan akan mendakwa mereka di mahkamah,? katanya.
Sementara itu, Pengarah JPH negeri, Datin Paduka Dr Fauziah Embong, berkata JPH melarang semua penternak lembu, kambing, kerbau dan khinzir memindahkan ternakan mereka tanpa permit bagi mengelak berlaku jangkitan penyakit kuku dan mulut (HFM).
Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai kehilangan tiga ekor lembu milik Nordin dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasat.