Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
ARTIKEL KERATAN AKHBAR  
Pencuri larikan tiga kerbau dilanggar lori
<< Kembali >>

Ditulis oleh Administrator
02 November 2006

Pencuri larikan tiga kerbau dilanggar lori
Sumber: Berita Harian Hussain Said

REMBAU: Lapan kerbau menjadi mangsa apabila dilanggar sebuah kenderaan berat di Kampung Sungai Layang di sini pagi semalam, jumlah korban yang dianggap besar dalam satu kemalangan membabitkan haiwan. Bagaimanapun lima kerbau mati akibat rempuhan itu, manakala tiga ekor lagi turut dilanggar dikatakan masih bernyawa sehingga disembelih oleh sekumpulan lelaki yang melalui tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi di Kilometer 33 Jalan Seremban-Tampin itu, lelaki berkenaan dikatakan menyembelih tiga daripada lapan kerbau itu sebelum mengangkutnya dengan sebuah lori, dipercayai untuk dijual di pasar tani atau pasar malam. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata lapan kerbau itu dipercayai dilanggar lori atau trailer ketika melintas atau tidur di tengah jalan.

Bagaimanapun, katanya, polis belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kenderaan yang melanggar lapan kerbau itu dan tiada laporan diterima mengenai kehilangan haiwan ternakan,” katanya kepada pemberita. Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di talian 06-6852222.

Seorang penduduk berhampiran, Zainal Abidin Ahmad, 70, berkata ketika bangun untuk solat Subuh, beliau terkejut apabila terdengar dentuman kuat dari arah jalan berdekatan rumahnya. Berikutan itu, katanya, beliau bersama beberapa penduduk kampung bergegas keluar dan menemui lapan kerbau bergelimpangan di atas jalan. “Saya melihat beberapa orang tidak dikenali menyembelih tiga ternakan itu yang masih bernyawa sebelum mengangkatnya ke dalam lori,” katanya.