Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | KERATAN AKHBAR |
Ditulis oleh Administrator
30 March 2006
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tiada kes jangkitan selesema burung atau virus avian influenza H5N1 yang membabitkan manusia di negara ini setakat ini setelah 15 pesakit dari kawasan sekitar Jalan Genting Klang yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut didapati negatif.
Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek berkata berikutan perkembangan terbaru itu, mulai semalam, kementerian itu telah menamatkan pemantauan secara aktif yang dimulakan di kawasan sekitar 300 meter dari tempat kejadian di mana 40 ekor ayam disahkan mati kerana virus avian influenza pada Ahad lepas.
Sejak semalam juga kementerian hanya mengadakan pemantauan secara pasif yang mana petugas tidak lagi memeriksa setiap rumah kecuali penghuni rumah di kawasan itu menunjukkan tanda-tanda penyakit itu, katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun MCA ke-57, di Wisma MCA di sini hari Ahad.
Dr Chua berkata pemantauan pasif itu akan berterusan sehingga dua minggu.
Operasi pencegahan dan kawalan yang dijalankan oleh kementerian itu bersama-sama agensi kerajaan lain, yang membabitkan pemantauan ke atas 854 buah rumah dengan 3,120 orang penghuni di sekitar 300 meter dari tempat kejadian, mendapati tiada sebarang jangkitan terhadap manusia.
"Sehingga semalam jumlah mereka yang disyaki (yang masih berada di HKL, hospital khusus untuk selesema burung) adalah lima orang iaitu tiga kanak-kanak dan dua dewasa. Keputusan ujian yang dijalankan ke atas kelima-lima ini adalah negatif, dan kita berharap kelima-lima ini dapat dibenarkan pulang hari ini," katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mohd Ismail Merican berkata mereka yang terdiri daripada tiga kanak-kanak perempuan berusia 4, 13 dan 14 tahun serta seorang lelaki berusia 44 tahun dan wanita berusia 40 tahun, dimasukkan ke wad khas HKL pada malam Jumaat setelah menunjukkan tanda-tanda jangkitan virus iaitu demam, batuk dan selesema.
Dr Chua meminta orang ramai terutama yang tinggal di Lembah Klang supaya tidak mempercayai khabar angin bahawa terdapat jangkitan selesema burung pada penduduk di kawasan itu.
"Saya ingin tegaskan, adalah tidak benar terdapatnya jangkitan itu (virus selesema burung pada manusia). Saya memberi jaminan, berdasarkan arahan Jemaah Menteri, kita akan beri maklumat secara telus dan terbuka, dan tidak akan menyembunyikan mana-maman kes yang membabitkan selesema burung," katanya.
Beliau berkata apa yang dilaporkan setakat ini hanya merupakan kes mereka yang disyaki menghidap penyakit terbabit berdasarkan maklumat bahawa mereka tinggal di sekitar kawasan jangkitan selesema burung itu, dan langkah memasukkan mereka yang disyaki ke HKL adalah hanya sebagai langkah berjaga-jaga.
"Selepas ujian diperolehi yang menunjukkan mereka negatif, pesakit terbabit akan dibenarkan pulang," katanya.