Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | MUATIARA VETERINAR | 2006 JULAI |
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Kita perlu menanam rasa tanggung jawab atau akauntabiliti dalam kehidupan kita, dari tanggung jawab paling besar kepada Tuhan, tanggung jawab kepada keluarga, kepada isteri / suami, termasuklah tanggung jawab kepada pekerjaan atau majikan kita.
Untuk memenuhi rasa tanggung jawab ini kita dituntut untuk mengamalkan 4 perkara pokok iaitu bersikap baik, berketrampilan, berpengetahuan dan berintegriti. Antara sikap baik dalam pekerjaan ialah komited dan bersungguh-sungguh, berdedikasi dan rajin dalam menjalankan tugas. Sikap mementingkan diri sendiri tidak membantu dalam meningkatkan kerjasama sesama kakitangan atau dalam membentuk satu pasukan kerja yang mantap.
Ketrampilan boleh ditimba dengan membangunkan modal insan dan menjalani latihan dalam bidang-bidang yang diperlukan sewajarnya. Ilmu dan pengetahuan perlu dikembangkan dan diamalkan dalam kita menjalankan tugas seharian. Turut penting ialah ketelusan dan integriti kita dalam menjalankan tugas, jangan mengharapkan balasan dan rasuah.
Rasa taat setia dan sentiasa patuh kepada Jabatan akan mengelakkan kita dari membelakangkan Jabatan dan menjatuhkan imej dan nama baik Jabatan. Tuduh menuduh, memburukkan sesama kakitangan dan menabur fitnah serta hasad dengki adalah sikap buruk yang perlu dikikis demi menjaga nama baik Jabatan.
Yang lain terserah kepada anda!
Pengarah