Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | MUATIARA VETERINAR | 2006 OGOS |
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Bersempena dengan Rancangan Bumi Hijau yang akan dilancarkan di Pulau Pinang pada bulan ini, pihak pengurusan menyeru supaya semua anggota Jabatan berusaha lebih untuk menanam sayur- sayuran, tanaman herba dan ulam-ulaman.
Secara jangka panjang pula, pokok buah-buahan dan tanaman kontan boleh juga ditanam. Rancangan Bumi Hijau menggalakkan rakyat untuk bercucuk tanam demi mengurangkan belanja pasar, memandangkan kos barang makanan kini semakin meningkat. Dengan bercucuk tanam, hasil yang dituai bolehlah dimakan untuk keluarga.
Jika ada yang lebih, bolehlah dijual untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Jika tidak memadai untuk dijual, ada juga ganjarannya jika yang lebih itu disedekahkan kepada jiran atau kawan-kawan. Menghias kawasan persekitaran rumah dengan tanaman herba dan sayur-sayuran mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Banyak tanaman herba yang mempunyai nilai perubatan juga boleh dimanfaatkan dengan menggunakannya secara segar dari halaman rumah masing-masing. Sayur-sayuran dan herba boleh ditanam dalam pasu, dalam bekas-bekas yang telah digunakan atau menggunakan beg-beg plastik yang biasanya dibuang.
Pasu dan bekas tanaman ini boleh disusun dan dijadikan bahan lanskap yang menarik. Berbudi kepada tanah banyak ganjarannya. Selain badan yang sihat kerana bersenam semasa bercucuk tanam dan memakan sayuran dan herba yang segar, aktiviti ini juga boleh mencantikkan kawasan persekitaran pejabat dan rumah masing-masing. Sambutlah seruan Kerajaan demi kesejahteraan keluarga dan memperbaiki tahap ekonomi masing-masing.
Pengarah