Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
ARTIKEL MUATIARA VETERINAR 2006 OKTOBER
Berpesta tetapi tetap Siaga
<< Kembali >>

Ditulis oleh Administrator
11 October 2006

Begitu berarti musim perayaan kali ini, bagi kita warga JPV. Pengumuman oleh Kerajaan Negeri, mengenai bonus yang lumayan bulan lalu masih lagi dinanti-nanti, sebagai penyeri kepada perayaan Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Depavali, yang jatuh serentak kali ini. Berita gembira pula katanya bonus akan diterima sekali pada kali ini, tidak dibelah dua, sekali sekarang dan sekali dihujung tahun nanti. Tentulah ramai merancang berpesta sampai esok pagi.

 

 

 

Namun, warga JPV dinasihati untuk perihatin dan insaf diri, bahawa tidak akan terus panas hingga ke petang, takut hujan di siang hari. Bulan ini gaji awal, ditambah bonus dihujung bulan – jangan dihabiskan. Bulan Disember nanti, gaji juga diawal bulan, namun anak-anak akan ke sekolah pada awal Januari yang menuntut berbagai yuran dan perkakasan. Simpanlah sedikit untuk hari hujan.

Warga JPV penting sekali untuk terus siaga, kerana tahun lalu FMD melanda selepas musim raya. Bila urusniaga ternakan berleluasa tanpa mengira waktu dan masa, bila kita leka berpesta, dan tok peraih bermahrajalela. Musim ini juga sang burung hijrah mula terbang ke selatan hemisfera, mungkinkah singgah untuk menyapa, membawa HPAI di saat kita kurang menyangka. Berpestalah, tapi harus terus siaga.

Jabatan kita perlu berfungsi, walaupun beraya kita kongsi, jangan semua warga bercuti, gilirkan bertugas di pejabat di kaunter dan seluruh organisasi.

Pihak Pengurusan menyusun sepuluh jari, maaf bermaaf salam diberi, terkasar bahasa terlebih cara mohon diampuni, semoga silaturahim terus diberkati. Jika ada rumah terbuka, silakan jemput kengkawan semua, merasa juadah ala kadarnya, tanda kemeriahan dikongsi bersama.

Pengarah

 

Dikemaskini ( 11 October 2006 )