Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | MUATIARA VETERINAR | 2006 OKTOBER |
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Langkah pertama sebelum anda me mutuskan untuk memiliki seekor kucing ialah dengan bersedia secara mental dan sikap untuk suka kepada seekor kucing. Pilihlah dari baka yang sesuai dengan keluarga, rumah kediaman, masa dan gaya hidup anda.
Anak-anak kucing
hendaklah telah mencapai umur sekurang-kurangnya 12 minggu, telah disuntik
imunisasi dan telah diberikan ubat cacing. Sijil atau Kad Kesihatan dari
Pengamal Veterinar hendaklah diserahkan kepada anda. (Awas, suntikan imunisasi
yang diberikan kepada anak kucing yang berumur kurang dari 10 minggu adalah
tidak berkesan).
Anak-anak kucing hendaklah berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan
tanda-tanda jangkitan penyakit atau mana-mana keadaan yang meragukan. Sebarang
kecacatan pada badan kucing hendaklah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian,
misalnya ekor yang bengkok atau mata yang tidak sama adalah tidak sesuai
untuk tujuan pertandingan.
Anda hendaklah memahami dan diberitahu dengan jelas kaedah pemakanan yang diamalkan dan jenis makanan kucing yang diberikan. Pelajarilah kaedah-kaedah penjagaan kucing yang paling sesuai dengan jenis kucing yang anda pelihara. Misalnya, kucing berbulu panjang akan memerlukan masa yang lebih untuk dandanan dan pengurusan am. Turut penting ialah bahawa kucing tersebut telah dilatih menggunakan ’tandas’, supaya tidak menimbulkan masalah kebersihan persekitaran.
Peliharalah kucing mengikut kemampuan anda dan kesesuaian kejiranan anda. Kebajikan kucing yang tidak terjaga akan menimbulkan masalah penganiayaan dan pengurusan yang tidak mesra jiran akan menimbulkan kacau ganggu dan masalah sosial. Jadilah tuan punya kucing yang bertanggung jawab, bukan sahaja kepada kucing anda tetapi juga kepada jiran dan diri anda sendiri.