Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
ARTIKEL MUATIARA VETERINAR 2006 OKTOBER
Tibi
<< Kembali >>

Ditulis oleh Administrator
11 October 2006

Ditulis oleh: Doktor Anda

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Kita di JPV mungkin boleh terjangkit secara zoonosis apabila bakteria ini melompat dari ternakan yang terjangkit penyakit ini.
Haiwan pesakit TIBI boleh mengeluarkan berjuta-juta bakteria di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang duduk rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI antaranya ialah batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu, kahak yang mungkin mengandungi darah, demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam, susut berat badan dan hilang selera makan, mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang dan mudah menjadi letih.

Jika anda pernah bertugas di Ladang Kambing KBKB dan mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah segera mendapatkan pemeriksaan doktor untuk melakukan pemeriksaan kahak dan mengenalpasti bakteria TIBI dan jika perlu menjalani pemeriksaan x-ray dada.

Kepada mereka yang sering bertugas di KBKB, sentiasalah menjaga kebersihan diri dengan menggunakan bahan suci hama setelah menjalankan tugas, dan pakailah pakaian perlindungan yang sesuai.