Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | MUATIARA VETERINAR | 2006 SEPTEMBER |
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Kembiri (spaying) adalah suatu teknik pembedahan yang melibatkan pembuangan organ-organ peranakan kucing betina.
Kasi (neutering) bagi kucing jantan pula, melibatkan pembuangan buah zakarnya. Haiwan kesayangan anda akan di beri ubat bius terlebih dahulu sebelum menjalankan prosedur ini. Bagi sesetengah orang, pengembirian dianggap melanggar fitrah semula jadi. Perbuatan memandulkan kucing hukumnya adalah `harus’: JAKIM 07162.
Kucing betina boleh menghasilkan anak yang banyak dalam setahun. Setiap tahun ramai kucing mati akibat kekurangan tempat tinggal yang sesuai untuk mereka. Haiwan kesayangan ini juga berkeliaran menyebabkan kawasan persekitaran kotor, mengganggu ketenteraman awam dan mengancam manusia dengan pelbagai penyakit merbahaya.
Akibat beranak terlalu kerap serta membesarkan anak yang banyak, kesihatan kucing betina sentiasa terancam. Untuk mencegah kehadiran kucing yang tidak di kehendaki, pemandulan/ kembiri ke atas kucing anda disyorkan.
Apabila kucing betina di kembiri, kucing jantan akan menjauhinya secara otomatik. Kucing jantan yang dikasi akan kurang agresif dan tidak merayau-rayau. Justeru itu kawasan persekitaran anda akan lebih bersih dan tidak tercemar. Kembiri juga akan membantu mengurangkan insiden kanser pada ovari, rahim atau buah zakar dan mengurangkan masalah penyakit pada gland prostate.
Pil mencegah kehamilan tidak digalakkan diguna untuk jangkamasa yang panjang bagi kucing betina memandangkan ianya mempunyai kesan sampingan ketara seperti diabetes mellitus.