Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
ARTIKEL MUATIARA VETERINAR 2006 SEPTEMBER
PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE : 49
<< Kembali >>

Ditulis oleh Administrator
09 October 2006

     Pada tahun 2006, Jabatan kita kembali menyerikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang yang ke 49. Sambutan perarakan pada kali ini bertemakan “ MISI NASIONAL MENJANA WAWASAN dan Moto “ KERANA MU MALYSIA”. Pada tahun ini adalah julung kali perarakan diadakan di Daerah Barat Daya , Balik Pulau telah diberikan Penghormatan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 126 kontingen dan seramai 9,121 peserta yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Badan berkanun, pasukan beruniform dan pihak swasta yang telah menyertai perarakan sambutan hari kemerdekaan kali ini. Kontingen dari Jabatan kita tidak ketinggalan untuk menyemarakan lagi sambutan pada tahun ini.

Kontingen kita telah diberikan kepercayaan oleh tuan Pengarah kita yang mana disertai seramai 50 kakitangan Jabatan dari perbagai Bahagian dan Unit yang diketuai oleh Encik Azummi Subli. Persediaan dan latihan yang intensif telah dilakukan seawal dari bulan Julai lagi selama 2 bulan.
Pada tahun ini pihak Jabatan kita membawa Wawasan iaitu “ MEMBINA PASUKAN YANG CEKAP DAN SIAPSIAGA UNTUK MENGHADAPI CABARAN KEPADA INDUSTRI TERNAKAN”. Konsep pakaian kontingen adalah diambil daripada ilham tuan Pengarah kita Dr. Mohd Zairi bin Haji Serlan iaitu “MERAH, BIRU, KUNING ADALAH WARNA – WARNA SIGNIFIKAN JABATAN, MELAMBANGKAN INTEGRITI, KEWIBAWAAN, PROFESIONALISME DAN KECEKAPAN”.

Pasukan kontingen dari Jabatan kita telah mendapat tepukan gemuruh daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, tetamu kehormat VVIP dan para hadirin yang hadir pada hari itu yang dianggarkan seramai 15,000 orang. Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih pada kakitangan terlibat yang telah memberikan komitmen tinggi semenjak dari awal latihan lagi dan berharap agar mendapat sokongan dan sambutan yang lebih lagi daripada semua kakitangan pada tahun hadapan. Pada tahun hadapan kontingen kita telah berjanji akan memberikan persembahan yang lebih baik lagi. Insyaalah.