Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
ARTIKEL MUATIARA VETERINAR 2007 MEI
Cergas dan Sihat Berdua
<< Kembali >>

Ditulis oleh Administrator
14 May 2007

Pasangan yang aktif tentunya dapat menjalin hubungan yang lebih erat. Sama ada bersenam berpasangan atau bermain badminton pada hujung minggu, masa yang dikongsi bersama bukan sahaja dapat memperbaiki kesihatan jasmani tetapi juga dapat mengeratkan hubungan anda berdua.

Aktiviti riadah yang dilakukan dari masa kesemasa akan menerbitkan rasa seronok untuk mencuba dan terus teruja menanti ketibaan saat yang dirancang. Bertolak ansur dan bertukar ganti untuk aktiviti kegemaran pasangan anda akan membuatkan ianya lebih seronok. Komunikasi dan bertimbang rasa serta persaingan yang sihat adalah baik untuk meningkatkan keintiman perhubungan.

Contoh-contoh aktiviti berdua yang boleh dibuat di sekitar anda antaranya adalah berjogging, work-outdi gym, permainan raket seperti badminton, tennis, squasy, ping-gong, berenang, berbasikal, berjalan atau mendaki bukit, menari, boling (atau boling padang), berenang atau menyelam. Malahan, menjaga fizikal diri dan pasangan ands tentunya dapat mencetuskan tarikan seks yang lebih baik kerana, masing-masing berusaha untuk kelihatan lebih menawan.

Stamina dan fitness memainkan peranan yang penting dalam hubungan intim suami isteri.

Doktor Anda

MV: Yang single tu, kenalah cari partner, he!! he!! he!!