Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | MUATIARA VETERINAR | 2007 MEI |
Ditulis oleh Administrator
14 May 2007
Sempena Hari Buruh tahun ini, mungkin ramai kakitangan Jabatan yang tertunggu-tunggu pengumuman mengenai semakan gaji yang dicadangkan oleh pihak CUEPACS. Malangnya, pengumuman itu tidak berlaku pada hari tersebut. Sebaliknya dilaporkan bahawa pihak Kerajaan belum dapat memutuskan maklumbalas kepada cadangan tersebut.
Untuk pengetahuan semua, pada 12 Januari 2007, pihak CUEPACS telah menyerahkan memorandum mencadangkan satu semakan gaji antara 10% - 40% mengikut gred jawatan. Juga dicadangkan ialah kenaikan umur persaraan wajib kepada 60 tahun, pengguguran peperiksaan PTK, semakan semula kadar elaun-elaun, dan pemberian pencen berasaskan kepada tempoh perkhidmatan.
Media melaporkan bahawa satu mesyuarat antara JPA dan Cuepacs akan berlangsung pada 21 Mei 2007 khas untuk membincangkan memorandum yang dicadangkan tersebut. Semua kakitangan perkhidmatan awam perlulah bersabar sedikit masa lagi sebelum mendengar apakah berita baik yang akan diumumkan kemudian.
Sementara itu, kita semua perlu terus bersatu dan bekerja keras untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan Jabatan. Seperti titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa pertabalan baginda. "Rakyat yang bersatu hati akan mempastikan keharmonian Negara. Tolak ansur dan kerja keras kakitangan Awam akan meneraju pembangunan minda kelas pertama." Ayuh, kotakan janji.
Pengarah