Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | MUATIARA VETERINAR | 2007 MEI |
Ditulis oleh Administrator
14 May 2007
Hasrat kita (JPVPP) untuk menyalurkan sedikit sumbangan kepada yang memerlukan melalui penganjuran makan malam amal wajar mendapat sokongan semua, ia sebagai jariah dan salah satu usaha kecil kita untuk memberitahu kepada kelompok ini bahawa mereka sentiasa di dalam ingatan.
Kita bersetuju dengan pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu memikul" dan kita juga akui sumbangan kita tidak banyak membantu, tapi ini bukan penghalang untuk tidak kita melakukan sesuatu. Niat kita agar sumbangan ini dapat meringankan beban dan menghadiahkan sedikil kegembiraan kepada mereka. Program ini perlu kita laksanakan dengan iltizam yang seikhlas mungkin.
Difahamkan majlis makan malam amal ini akan diadakan pada 16 Jun 2007 bertempat di dewan Milenium, Kepala Batas. Usaha ke arah ini telah disuarakan oleh Puan Hajjah Latifah bt Hashim ketika mesyuarat AJK KESUVEP dan telah dipersetujui oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr Mohd Zairi B Hj Serlan. Hasrat ini juga mendapat maklumbalas yang baik dari lembaga mesyuarat AJK Kesuvep. Tumpuan kita kepada OKU, pesakit kronik dan anak-anak yatim. Harapan kepada niat yang mulia ini marilah kita bersama menyumbang walau sumbangan kita bagai sebutir pasir ditengah lautan yang kita yakin dengan janji Tuhan, biar sebesar zarah amalan kamu akan dinilai.
Hafizuddeen