Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | PANDUAN TERNAKAN | LEMBU PEDAGING |
Ditulis oleh Administrator
16 June 2005
Pengurusan
Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini kurang baik kerana;
1.
selalu merosakkan tanaman orang lain
2. kemungkinan dilanggar
kereta atau luka oleh kemalangan
3. makanan hanya bergantung
kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan
tidak memadai
4. perhatian sukar diberikan
kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.
Namun begitu cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembulembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.
Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.
Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.
Pemilihan Kawasan
Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai. Biasanya ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya. Kawasan mestilah mempunyai cokup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain. Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam.
Walaupun kawasan yang boleh ditanam rumput adalah yang paling sesuai, akan tetapi ia memerlukan kos pembangunan yang tinggi. Kecuali keluasan tanah tersebut cukup besar bagi menampung unit komersial, penternakan lembu pedaging secara ini tidak akan menguntungkan. Keluasan kawasan tersebut bergantung kepada cara pengurusan dan banyaknya lembu pedaging yang akan dipelihara.
Kawasan Ragutan
Tanah perlu dibajak dan digemburkan sebelum menanam rum-put bagi menentukan pertumbuhan rumput yang baik. Selepas membajak, tanah dibiarkan selama dua minggu sebelum disisir atau disikat sambil mencampur kapur pada kadar 1 tan seekar. Dua minggu kemudian, kerja menggembur tanah pula dijalankan. Setelah selesai, baja TSP pada kadar 100 kg/ekar dan benih rumput kira-kira 5 kg. seekar bolehlah ditabur.
Baja, kapur dan benih dicampurkan semasa proses penyediaan itu bagi menjimatkan masa kerana tempoh rehat 2 minggu selepas tiap-tiap proses adalah penting. Benih rumput secara keratan boleh juga ditanam secara barisan atau taburan, akan tetapi cara-cara proses penyediaan tanah adalah serupa.
Bagi penternak secara integrasi dengan tanaman utama, penyediaan kawasan ragutan adalah tidak perlu kerana rumpai asli telah sedia ada.
Pembinaan Kandang
Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untok seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan.
Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang cukup. Ruangan makanan ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki tiap-tiap seekor.
Beberapa jenis palung makanan dan minuman boleh digunakan.
Pasung/Trevis
Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu. Ini berupa pagar yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seseekor lembu dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan dapat meronta.
Makanan dan Air Minuman
Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.
Kawalan Kesihatan
Mengawal adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Lembu yang sihat akan memudah pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.
Cara yang betul mengawal penyakit
ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang
dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.
Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka,
serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah. Bagi
mengatasinya, jauhkan lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing
2-3 kali setahun dan semburkan ubat kutu tiap-tiap 2 bulan sekali.
Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat pusatnya dan talipusat sebaik sahaja anak-anak lembu dilahirkan.
Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:
Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Kaedah Pembiakan
Lembu betina dara yang telah
matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan.
Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak
berlaku kesiiapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya
akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).
Di antara tanda-tanda berahi ialah:
Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan
tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu. Selepas dua bulan,
pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan
kebuntingan.
Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila
datang berahi pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai
untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.
Penjagaan Lembu
Bunting
Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu
diberikan semasa lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air yang bersih
dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam
kandang.
Di antara tanda-tanda lembu hampir akan melahirkan anak ialah :
Penjagaan Selepas Kelahiran
Anak yang baru lahir mesti mendapat
susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari yang pertama.
Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu
diceraikan dari ibunya. Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya
memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.
Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran sistem peranakan ibu untuk
kebuntingan semula dengan cepat. Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan
rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.
Penjagaan Anak Membesar
Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu. Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak. Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.
Menjual Ternakan
Hasil dari penternakan secara pembiakan ini adalah berupa jualan lembu singkiran untuk disembelih, lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya atau anak muda jantan untuk dijadikan lembu pengganti