Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | PANDUAN TERNAKAN | PENTERNAKAN ITIK MOSKOVY |
Ditulis oleh Administrator
04 July 2005
Daging
muscovy pasarannya masih kecil berbanding dengan pemasaran itik peking,
pemasarannya masih terhad dan hanya tertumpu pada musim perayaan. Ianya
di jual diperinggkat ladang, diproses di rumah sembelih dan dipasar segar
di seluruh Malaysia.
Sistem integrasi bersepadu pemeliharaan itik
pedaging jenis peking telah dimulakan oleh beberapa syarikat. Penternak
itik dipilih oleh syarikat dengan syarat penternak mesti mampu membina reban
sendiri. Syarikat bertanggungjawab membekal anak itik dan makanan kepada
penternak dan kemudiannya membeli balik itik yang telah memcapai umur sembelihan
dengan harga yang telah dijanjikan sebelumnya. Itik muscovy juga diharapkan
akan diusahakan secara sepadu seperti ini tidak lama lagi.
Pasaran
dalam negeri terhad kepada itik yang bersaiz kecil (betina) dan itik jantan
yang berumur dalam lingkungan umur 11 minggu dengan berat 3.8 kg. Pasaran
Singapura terutama musim perayaan mengkehendaki itik jantan yang bersaiz
besar purata 4.5 kg.
Pentarnak kecil memasarkan itik kepada pemborong
atau orang tengah. Itik dimuatkan kedalam bakul yang serupa dengan bakul
ayam yang boleh memuatkan antara 8 hingga 10 ekor dan diangkut ke rumah
sembelih
dengan menggunakan lori. Itik yang sudah diproses (chilled) diedarkan kerestoran-restoran
cina dan juga hotel.
Harga pasaran itik hidup di semenanjung ialah
diantara RM3.80 hingga RM4.20 dan meningkat kepada RM6.50 pada musim perayaan.
Manakala harga itik proses ialah antara RM6 hingga RM9 dan meningkat kepada
RM12 pada musim perayaan.
Promosi merupakan satu elemen yang penting bagi meningkatkan penjualan di mana ianya dapat memberi dan meningkatkan kesedaran serta pendidikan di kalangan masyarakat terhadap khasiat dan keenakan daging muscovy terutama kepada masyarakat melayu dan india. Promosi haruslah dijalankan secara berterusan dan berkesab melalui media massa dan elektronik seperti program pendidikan di sekolah, promosi prodak dan masakan di seluruh Malaysia. Daging muscovy amat sesuai dimasak dengan cara merebus (stew) dan ianya sangat popular di Pulau Pinang, Sarawak dan Singapura. Ia juga sesuai untuk masakan melayu dan india seperti rendang dan kari.