Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | PENYAKIT TERNAKAN | PENYAKIT KAMBING |
Ditulis oleh Administrator
11 January 2007
Bebiri & kambing memerlukan kuku yang boleh bertapak dengan baik, kemas supaya dapat berjalan jauh untuk meragut. Juga membolehkan mereka memanjat / mengawan dengan sempurna.
PENYEBAB
Penyakit ini disebabkan oleh 2 jenis bakteria iaitu Fusobacterium necrophorum dan Bacterioido nodusus pada kebiasaannya bakteria ini boleh ditemui pada tanah.
TANDA KLINIKAL
1. Nekrotik / tisu
mati di kawasan / celah kuku
2. Bengkak, merah, sakit bila disentuh
3. Mungkin ada nanah
4. Tempang
5. Demam. tiada selera
6. Toksemia, terbaring, kematian
RAWATAN
1. Bersih kawasan terlibat dengan
antiseptik
2. Buang tisu nekrotik/kulit mati
3. Keluarkan nanah
4. Sapu atau rendam kaki dlm larutan 5 % kuprum sulfat / 2% formalin
5. Letak ternakan di tempat kering
6. Dressing setiap hari, suntik antibiotik
KAWALAN
Guna footbath (5% kuprum sulfat)
di pintu masuk kandang
Kesan tanda-tanda awal pada ternakan dengan memeriksa kawasan kuku / tapak
kaki