Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | PENYAKIT TERNAKAN | PENYAKIT KAMBING |
Ditulis oleh Administrator
11 January 2007
Penyakit radang paru-paru juga dikenali sebagai pnuemonia. Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Penyebab utama penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia.
Antara faktor-faktor penyebab adalah:
Stress / tegasan cuaca (sejuk)
Pemakanan tidakbermutu
Bebanan cacing
Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik
Terlalu padat - memudahkan kambing mendapat pneumonia
Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti
Pernafasan cepat / sesak nafas
Suhu tinggi / demam
Bunyi pernafasan tidak normal
Batuk, bersin, cecair dari hidung
Lemah, kurus, tiada selera
Rawatan untuk penyakit ini adalah dengan menggunakan antibiotik spektrum luas
Kawalan yang perlu dijalankan untuk mencegah penyakit ini
Kurangkan stress
Ventilasi kandang baik
Anak baru lahir dapat cukup kolustrum
Asing ternakan sakit
Rawat tanda-tanda awal
Dikemaskini ( 11 January 2007 )