Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
ARTIKEL PENYAKIT TERNAKAN PENYAKIT KUKU DAN MULUT
Mengapakah Penyakit Tersebut Perlu Dikawal?
<< Kembali >>

Ditulis oleh Administrator
16 June 2005

     SKM perlu dikawal kerana penyakit ini akan menjejaskan perkembangan perusahaan ternakan negara ini. Dari segi pengeluaran, Ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut akan menjadi kurus dan tidak produktif. Anak anak yang terjangkit akan terbantut dan boleh membawa maut. Ibu ibu lembu yang sedang mengeluarkan susu, akan terjejas pengeluarannya. Dari segi ekonomi pula Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara. Export ternakan dan bahan daging dari negara ini akan terjejas kerana pengimport tidak akan mengimport hasil hasil ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas daripada SKM. Oleh yang demikian amatlah penting bagi Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan kerjasama para penternak untuk mengawal dan menghapuskan penyakit ini supaya negara akan bebas dan perdagangan ternakan tidak terjejas.