Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | PENYAKIT TERNAKAN | SELSEMA BURUNG |
Ditulis oleh Administrator
01 July 2005
Virus Influenza
Avian Influenza berlaku dalam dua bentuk: highly pathogenic avian influenza (HPAI), dan low-pathogenic avian influenza (LPAI). Kedua-dua jenis disebabkan oleh influenza virus type A. HPAI merebak dengan pantas dalam kumpulan ayam dan mengakibatkan kadar kematian yang tinggi. LPAI tidak menyebabkan penyakit yang serius.
Glycoprotein pada envelop virus mempunyai aktiviti hemagglutinin (HA) dan neuraminidase (NA), yang digunakan untuk menentukan sub-type A, B, dan C.Untuk virus influenza A, ada 15 antigen HA (H1-H15) dan 9 antigen NA (N1-N9). Cuma sub-type H5 dan H7 yang menyebabkan HPAI.
Jangkahayat Virus HPAI
Virus influenza A kekal hidup lama dalam persekitaran bersuhu sederhana, dan kekal sampai bila-bila dalam bahan yang beku. Dalam air 22 C, ia hidup hingga 4 hari, tetapi bertahan hingga lebih 30 hari pada suhu 0 C. Tidak aktif pada: suhu 56 C selama 3 jam, atau 60 C dan lebih selama 30 min. Dalam pH berasid, adanya agen pengoksidanan, terdedah kepada bahan sucihama seperti formalin dan kompaun iodan
Hos
Semua jenis unggas, terutamanya ayam, itik, ayam piru, puyuh, merpati, kuang, ostric, angsa, ayam mutiara.
Unggas air, unggas laut yang berpindah dan beburung peliharaan adalah pembawa. Virus influenza A boleh menjangkiti manusia dan haiwan (termasuk babi, kuda, mamalia air)
Epidemiologi
Kaedah jangkitan: oral, pernafasan
dan selaput mata.
Cara jangkitan yang biasa:
a.Jangkitan terus dari cairan
pernafasan atau tinja burung terjangkit
b. Terjangkit dari telur dalam penetasan
c. Pergerakan ayam yang terjangkit dalam bangsal
d. Melalui peralatan ladang dan pakaian pekerja
e. Terjangkit oleh unggas liar atau unggas perpindahan
f. Air minuman yang terjangkit tinja
g. Melalui lalat
h. Melalui angin (jika berdekatan)
HPAI sangat mudah merebak dan berjangkit. Satu gm tinja mengandungi cukup HPAI virus yang boleh menjangkiti 1 juta ekor ayam. Unggas pembawa tidak menunjukkan tanda klinikal.
Tanda Klinikal
Tanda klinikal jangkitan penyakit HPAI adalah sangat serius dan menyebabkan kematian yang tinggi kepada semua jenis unggas peliharaan. Unggas-unggas pembawa pula tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal.
a. Masa inkubasi : 3 –
7 hari .
b. Banyak mati mengejut, bulu kembang, tidak makan, leher dan kepala bengkak,
balung bengkak dan lebam.
c. Pengeluaran telur menurun mendadak.
d. Banyak meminum air, cirit birit dengan tinja kehijauan, selaput mata
bengkak.
e. Batuk dan bersin, serta mengeluarkan hingus.
Panggil segera Pegawai Veterinar yang berhampiran untuk membuat post-mortem dan menjalankan siasatan penyakit.
Pencegahan Biosekuriti
Cegah ayam dari terjangkit kepada ayam yang sakit atau kepada unggas pembawa, seperti:
a. Jauhkan dari
bercampur dengan unggas air dan beburung berpindah
b. Elakkan mencampurkan unggas yang tidak pasti latar belakangnya kepada
unggas ternakan
c. Kawal pergerakan manusia, dengan memakai pakaian perlindungan yang baik
dan selamat, dan membersih serta mensucihama pakaian
pekerja
d. Prosedur pembersihan dan sucihama hendaklah diikuti dengan ketat
e. Gunakan sistem pengeluaran all-in-all-out.
f. Jauhkan ayam-ayaman dari meminum air yang mungkin boleh terjangkit virus
g. Basuh dan suci hama peralatan dan kenderaan keluar masuk ladang, terutamanya
tayar dan bahagian yang tersedah
h. Jangan melawat ladang ayam lain yang terjangkit. Jika terpaksa, tukarkan
pakaian atau kasut, sebelum masuk ke ladang sendiri.
i. Jangan membawa balik ayam hidup atau karkas ayam dari rumah sembelih
pulang ke ladang.
Kaedah Pemasaran Ayam
HPAI mudah berjangkit di pasar melalui pergerakan ayam, karkas, pengangkutan, peralatan, dan manusia. Biosekuriti pada pasar ayam adalah juga penting diikuti:
a. Kotak plastik lebih mudah
dicuci dari kotak kayu
b. Lantai dan semua peralatan dicuci dari bulu, tinja dan kotoran lain
c. Bersihkan dan sucihama semua peralatan seperti kotak plastik, mesin timbang,
kenderaan dan pengangkutan.
d. Ayam yang baru datang diasingkan dari karkas yang telah disembelih dan
diproses.
e. Bersihkan dan sucihama kawasan pasar setiap hari selepas urusniaga tamat
f. Jangan pulangkan semula ayam yang tidak dijual ke ladang.
Suntikan Vaksin
Walaupun ianya satu pilihan yang baik, tetapi secara jangka panjang ianya boleh menjangkiti ayam atau menyebarkan virus influenza. Tidak ada perlindungan silang antara 15 jenis sub-type.
a. Inactivated oil-emulsion vaccines
b. Naturally avirulent or attenuated strain vaccines
c. Recombinant fowlpox virus vaccine
Kawalan Wabak
a. Lupuskan ayam dan semua haiwan
yang disyaki terjangkit
b. Musnahkan bangkai dengan kaedah yang betul
c. Pembersihan dan sucihama kepada premis dan peralatan dengan teliti
d. Tempoh pengosongan premis sekurang-kurangnya 21 hari.
Dikemaskini ( 01 July 2005 )