Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
Blog

  Ekspo Usahawan 2007

  Ditulis oleh Administrator
  01 June 2007
  Daging Rusa

     Sempena ekspo usahawan 2007 yang sedang  berlansung dari 31 Mei hingga 7 Jun 2007  Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyediakan  pelbagai jenis aktiviti. Antara aktiviti yang  dilaksanakan adalah:

     Bagi anda yang meminati atau belum pernah  menikmati daging rusa anda boleh dapatkan di  gerai Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan  harga yang berpatutan. Cepat Sementaran STOK  MASIH ADA!

 Peluang Pengusaha Bumiputera Ke Pasaran Antarabangsa

 Ditulis oleh Administrator
 14 May 2007

     KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa  Malaysia Keempat (MIHAS) 2007 yang berakhir hari ini memberi banyak  faedah terutama sebagai platform terbaik kepada pengusaha tempatan  khususnya golongan Bumiputera untuk memasarkan produk mereka hingga ke  peringkat antarabangsa.

     Pengerusi Forum Halal Sedunia, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana  melalui penyertaan beberapa negara luar seperti Indonesia, Afrika Selatan dan  negara-negara Timur Tengah, akan memudahkan usaha mempromosi produk  tempatan ke pasaran asing.

     "Saya cukup bangga dengan pengusaha tempatan khususnya bumiputera  yang lebih ramai menceburi bidang produk dan makanan halal, MIHAS  merupakan platform penting bagi mereka kerana inilah masa yang terbaik untuk  mereka memasarkan dan mempromosikan produk mereka ke luar negara,"  katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit  melawat tapak pameran MIHAS di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

     Khairy yang berpuas hati dengan penganjuran MIHAS kali ini berkata  sektor makanan halal kini menarik perhatian pengusaha dan pengguna di  Malaysia kerana mutu produk dan makanan halal yang dipamerkan kali ini  lebih bermutu tinggi.

     Beliau berkata MIHAS merupakan satu ekspo pameran yang boleh  bekerjasama dengan Forum Halal Sedunia dalam mempromosikan produk  halal di Malaysia dan berharap MIHAS akan terus berkembang menjadi  pameran yang lebih besar.

     "Saya lihat sambutan daripada rakyat Malaysia terhadap produk halal  adalah  cukup luar biasa, apabila saya ke salah satu tapak pameran saya lihat  bukan  sahaja mereka yang beragama Islam tetapi yang bukan beragama Islam  juga  turut datang ke pameran ini kerana mereka kata produk halal ini bermutu  tinggi.

     "Ini bermakna kita berjaya mempromosikan dan menjenamakan halal  sebagai  satu produk yang bukan sahaja halal dari segi agamanya tetapi juga  bermutu  tinggi dan diterima oleh semua pengguna," katanya.

     Khairy berkata golongan muda seharusnya mengambil peluang ini untuk  menceburi bidang perusahaan makanan dan produk halal kerana kerajaan  sendiri telah menyediakan pelbagai insentif bagi golongan itu memulakan  perniagaan.

     "MIHAS bukan sahaja tertumpu pada makanan tetapi juga mempamerkan  produk kewangan Islam dan ini menjadi satu gaya hidup yang konsisten dengan  ajaran agama dan kalau kita dedahkan generasi muda dengan cara hidup ini  saya rasa mereka boleh menilai apakah produk yang terbaik untuk mereka,"  katanya.

     MIHAS yang bermula sejak 9 Mei dan berakhir hari ini merupakan  pameran  perdagangan terbesar di dunia bagi produk dan perkhidmatan halal.  Sebanyak  97 syarikat antarabangsa dari 26 negara memenuhi 105 gerai  pameran yang  disediakan mankala 409 gerai lagi diisi oleh 327 syarikat  tempatan.

     Pameran itu dianjurkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan  Industri  serta dikelolakan bersama oleh Perbadanan Pembangunan  Perdagangan Luar  Malaysia (Matrade) dengan Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia (Yadim) dan  disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan  dan Koperasi.

Sumbangan kecil yang besar maknanya

Ditulis oleh Administrator
14 May 2007

     Hasrat kita (JPVPP) untuk menyalurkan sedikit sumbangan kepada yang memerlukan melalui penganjuran makan malam amal wajar mendapat sokongan semua, ia sebagai jariah dan salah satu usaha kecil kita untuk memberitahu kepada kelompok ini bahawa mereka sentiasa di dalam ingatan.

     Kita bersetuju dengan pepatah "berat mata  memandang berat lagi bahu memikul" dan kita  juga akui sumbangan kita tidak banyak  membantu, tapi ini bukan penghalang untuk tidak  kita melakukan sesuatu. Niat kita agar sumbangan ini dapat meringankan beban dan menghadiahkan sedikil kegembiraan kepada mereka. Program ini  perlu kita laksanakan dengan iltizam yang seikhlas mungkin.

     Difahamkan majlis makan malam amal ini akan diadakan pada 16 Jun 2007 bertempat di dewan Milenium, Kepala Batas. Usaha ke arah ini telah disuarakan oleh Puan Hajjah Latifah bt Hashim ketika mesyuarat AJK KESUVEP dan telah dipersetujui oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr Mohd Zairi B Hj Serlan. Hasrat ini juga mendapat maklumbalas yang baik dari lembaga mesyuarat AJK Kesuvep. Tumpuan kita kepada OKU, pesakit kronik dan anak-anak yatim. Harapan kepada niat yang mulia ini marilah kita bersama menyumbang walau sumbangan kita bagai sebutir pasir ditengah lautan yang kita yakin dengan janji Tuhan, biar sebesar zarah amalan kamu akan dinilai.

Hafizuddeen

   
Halaman   |1|2|3|4|5|6|7|8|9|
 
ARTIKEL BLOG-HALAMAN 1