Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | BLOG-HALAMAN 2 |
Panduan Menternak Rusa
Ditulis oleh Administrator
25 April 2007
PENDAHULUAN
Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan untuk rusa yang amat baik. Disamping dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak yang kurang dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya berguna untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal dan velvet boleh digunakan untuk dijadikan ubat.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang telah mula memelihara hidupan ini secara terkawal pada tahun 1989 . Sebagai permulaan sebanyak 19 ekor rusa (Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan umur 6 bulan telah diimpot dari Kepulauan Mauritius. Disamping rusa jenis Cervus Timorensis ladang ini juga telah menempatkan rusa jenis sambar dan jenis Axis-axis.
Kawasan seluas 2 hektar telah diperuntukan bagi memelihara rusa ini. Ladang ini terletak di Pokok Sena Daerah Seberang Perai Utara. Ladang ini ditanam dengan rumput jenis Boachiara Humidicola, Panicum Maximum (Rumput Guinea) dan Leucaena leucocephala (petai belalang).
Setelah beberapa tahun memelihara hidupan ini pertambahan dari segi pembiakan amatlah menggalakkan. Kini jumlah rusa jenis Cervus Timorensis yang terdapat di Ladang rusa di Pokok Sena adalah lebih kurang sebanyak 60 ekor dan rusa jenis Axis-axis lebih kurang 50 ekor.
Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang akan membuat promosi jualan daging rusa pada setiap tahun iaitu pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan juga semasa Sambutan Eskpo Usahawan Bumiputra di Pulau Pinang.
TUJUAN PEMELIHARAAN:
INFRASTRUKTUR LADANG
Alam persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya dengan Sistem Pemeliharaan Moden.
Tabiat
Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam suasana persekitaran semulajadi. Rimba yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.
Perhubungan yang rapat di antara haiwan ini dengan manusia perlu diujudkan dengan pembinaan pondok kecil dan penyediaan makanan ditempat¬-tempat yang tertentu
Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang berada ditengah padok. Oleh yang demikian di dapati rumput ditepi-tepi pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi tempat laluan ternakan ini.
Pokok-pokok yang besar dan rendang hendaklah disimpan dan pokok yang boleh menjadi sumber makanan jangan ditebang dan perlulah ditanam. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa sebarang tanaman yang baru ataupun batang pokok ini hendaklah dibalut kerana ianya akan musnah akibat tabiat rusa yang suka menggigit kulit pokok atau mengesel batang-batang pokok dengan tanduknya.
Rusa suka berkubang, maka tempat untuk berkubang dan berendam perlu dibina didalam padok. Sebagai panduan untuk simpanan rusa “carrying capacity’ adalah pada kadar 10 ekor bagi satu ekar dengan keadaan rumput yang baik. Mempunyai kemudahan kawalan dan penyelenggaraan
Pagar Sekeliling
Keseluruhan kawasan seluas 2 ha dipagar sekeliling dengan menggunakan kawat jaring setinggi 2 meter dan dipasang dengan tiga lapis dawai berduri di sebelah atas dan pagar ditanam didalam konkrit setinggi 1 kaki .
Kawasan ragutan dan makanan
Makanan yang cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa. Untuk itu pedok-pedok hendaklah mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa. Makanan tambahan iaitu dedak hendaklah diberi. Diladang Rusa, Pokok Sena diberi dedak Cattle Pellet memandangkan ia sesuai untuk ternakan rusa.
Pedok Kawalan
Keseluruhan kawasan dibahagi kepada 4 petak-petak kecil seluas 0.5 ha bagi memudahkan ragutan secara bergilir-gilir. Pedok kawalan atau holding yard juga perlu bagi memudahkan pengawasan yang rapi terhadap rusa-rusa. Pedok ini adalah merupakan pusat untuk mengumpulkan ternakan dan ianya mestilah mempunyai pintu hubungan dengan semua pedok ragutan dan juga rumah gelap
Rumah Gelap
Bangsal Untuk Meletak Makanan
Setiap pedok perlu disediakan
bangsal yang berbumbung bagi meletak bekas makanan tambahan dan juga garam
galian dan juga tempat rusa berteduh. Disetiap pedok juga perlu disediakan
dengan takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.
Kolam Mandi
Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang terutama diwaktu panas, sebuah kolam mandi atau lopak/paya air bersih disediakan dengan dilengkapkan sistem aliran yang baik. Diladang ini dibina parit yang berkonkrit bagi tujuan tersebut.
Perkhidmatan Permanian Beradas
Ditulis oleh Administrator
17 April 2007
Tahukah anda?
Jabatan
ini menyediakan perkhidmatan permanian beradas untuk ternakan lembu.
Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada
para penternak di negeri Pulau Pinang. Permanian
beradas adalah satu cara buatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih
ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina
dengan menggunakan alat-alat tertentu. Keterengan lanjut tentang permanian
beradas http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/a-to-z/ai.html
Untuk
mendapatkan perkhidmatan ini anda boleh menghubungi En Ismail bin Ariffin
atau En Othman bin Saad di talian 04-5084369. Anda boleh mendapatkan baka
ternakan lembu pedaging dan tenusu yang terbaik dengan percuma.
Dikemaskini ( 17 April 2007 )
Perlawanan Persahabatan JPVPP & Jabatan Kewangan
Ditulis oleh Administrator
09 April 2007
Tahniah, Kelab Sukan dan Rekreasi JPVPP telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang. Pelbagai acara pertandingan telah diadakan seperti bola tampar, ping pong, dart dan dam aji. Program bermula dari pukul 5.30 petang dan berakhir pada 11.00 malam. Pada sebelah malam telah diadakan pertandingan karaoke antara kedua-dua jabatan. Para jemputan telah dihidangkan dengan produk berasaskan ternakan seperti daging rusa, daging lembu, puyuh goreng dan ayam bakar.
Terima
kasih kepada Y.B. Dato' Jamaludin b. Hasan dan Dato' Supiah kerana sudi
hadir bersama. JPVPP mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil
bahagian.
Projek Bantuan 2007
Ditulis oleh Administrator
14 March 2007
Semua
permohonan bantuan untuk projek jabatan kini di dalam proses saringan. Pihak
jabatan telah menerima kira-kira 500 permohonan. Fasa seterusnya adalah
penilaian diperingkat lapangan yang akan bermula pada 19 hingga 31 Mac 2007.
Dikemaskini ( 14 March 2007 )