Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | BLOG-HALAMAN 7 |
GOING BANANAS
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Pisang mengandungi tiga jenis gula, sukros, fraktos dan glukos, yang jika dicampurkan dengan serat ianya boleh menjadi sumber tenaga yang baik. Dua biji pisang boleh menyediakan tenaga untuk bersukan selama 90 minit. Jika kita tertekan, makanlah pisang kerana ianya mengandungi trytophan, iaitu sejenis protein yang ditukarkan oleh tubuh kita kepada serotonin, yang menjadikan kita berasa lega, tenang dan membuat kita ceria. Vitamin B6 dalam pisang juga mengawal kandungan glukos dalam darah dan seterusnya mengawal emosi anda.
Kandungan zat besi yang tinggi dalam pisang akan merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan ini menolong mengelakkan kita dari mengidapi anemia. Pisang juga mengandungi potassium yang amat tinggi disamping rendah kandungan garamnya. Maka itu, ianya sangat berguna untuk mengawal tekanan darah, seterusnya dapat mengelakkan tekanan darah tinggi dan serangan penyakit jantung.
Jika anda digigit nyamuk, cubalah menggosok kesan gigitan dengan bahagian dalam kulit pisang dan rasakan betapa ianya menghilangkan rasa gatal dan melegakan bengkak. Jika anda menghidapi penyakit ulcer dalam perut, pisanglah makanan segar yang paling baik untuk anda. Selain ianya lembut dan mudah dimakan, ia juga meneutralkan keasidan perut dan mengurangkan rasa tidak selesa.
Doktor Anda
Lawatan ke Sarawak
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Lawatan
ke Sarawak telah ditunda ke satu tarikh yang baru iaitu pada 16 hingga 19
Disember 2006. Lawatan ini akan disertai oleh 40 orang kakitangan dan keluarga
JPV Pulau Pinang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 810.00 seorang
yang meliputi perkara-perkara berikut:
1. Tambang pesawat
pergi dan balik
2. Cukai lapangan terbang
3. Pengangkutan di Semenanjung dan di Sarawak
4. Sewa hotel
5. Makan tengahari dan makan malam di Sarawak
6. Tiket masuk ke Kampong Budaya Sarawak
Program telah diatur untuk melawat
ke tempat-tempat yang menarik di Sarawak di antaranya; Pusat Pemuliharaan
orang utan, Museum kucing, Museum Sarawak, Fort Margarita, kilang bird’s
nest, tugu kucing, Cultural village, Pusat kraftangan Sarawak, long house,
Pasar Satok dan lain-lain. Lawatan ke Sarikei akan diuruskan pada hari pertama
sampai di Sarawak untuk peserta yang berminat dan akan dikenakan tambang
bas yang akan ditentukan kelak.
Dikemaskini ( 09 October 2006 )
Kempen Bumi Hijau
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Bersempena dengan Rancangan Bumi Hijau yang akan dilancarkan di Pulau Pinang pada bulan ini, pihak pengurusan menyeru supaya semua anggota Jabatan berusaha lebih untuk menanam sayur-sayuran, tanaman herba dan ulam-ulaman.