Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| ARTIKEL | BLOG-HALAMAN 8 |
Kembiri
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Kembiri (spaying) adalah suatu
teknik pembedahan yang melibatkan pembuangan organ-organ peranakan kucing
betina.
Dikemaskini ( 09 October 2006 )
Baca lagi...
PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE : 49
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Pada
tahun 2006, Jabatan kita kembali menyerikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat
Negeri Pulau Pinang yang ke 49. Sambutan perarakan pada kali ini bertemakan
“ MISI NASIONAL MENJANA WAWASAN dan Moto “ KERANA MU MALYSIA”.
Pada tahun ini adalah julung kali perarakan diadakan di Daerah Barat Daya
, Balik Pulau telah diberikan Penghormatan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sebanyak 126 kontingen dan seramai 9,121 peserta yang terdiri daripada Jabatan
Kerajaan, Badan berkanun, pasukan beruniform dan pihak swasta yang telah
menyertai perarakan sambutan hari kemerdekaan kali ini. Kontingen dari Jabatan
kita tidak ketinggalan untuk menyemarakan lagi sambutan pada tahun ini.
Baca
lagi...
Harga Siling Ayam Standard, Super Turun
Ditulis oleh Administrator
29 September 2006
Oleh Shamshul Azree Samshir Berita Harian
PUTRAJAYA: Harga siling ayam standard dan ayam super, masing-masing dikurangkan daripada RM6 kepada RM5.40 dan RM6.70 kepada RM6.05 sekilogram, berkuat kuasa sehingga 31 Oktober depan.
Berikutan itu, harga yang ditetapkan sebelum ini untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali dan Aidilfitri 2006 dibatalkan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal (gambar), berkata sebarang pengumuman mengenai harga ayam selepas ini akan hanya dikeluarkan oleh kementeriannya.
“Tidak akan ada pengumuman mana-mana pihak kecuali kementerian berhubung barang kawalan... bukan hanya cili, malah ayam. Cuma kementerian saja yang akan mengumumkannya.
Dikemaskini ( 08 October 2006 )
Baca
lagi...
MUSIM DURIAN RUNTUH!
Ditulis oleh Administrator
09 October 2006
Bajet
Tahun 2007 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri seperti biasa membawa
khabar baik kerana kakitangan awam yang berpendapatan sehingga RM750 sebulan
akan menerima bonus dua bulan gaji, manakala yang bergaji lebih RM750 memperoleh
bonus sebulan gaji, tertakluk kepada bonus minimum RM1,500 bagi tahun ini.
Bayaran bonus ini akan dibuat pada bulan Oktober dan Disember.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran bantuan khas kepada pesara kerajaan bagi meringankan beban ekoran peningkatan kos sara hidup. Mereka yang menerima pencen kurang daripada RM750 sebulan akan diberi RM400. Mereka yang menerima pencen RM750 sebulan dan ke atas pula akan diberi RM200. Bayaran ini yang akan diberi hanya sekali memanfaatkan hampir 542,000 pesara dan penerima pencen.
Dikemaskini ( 09 October 2006 )
Baca
lagi...