Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
Dalam tempoh 2001-2010, semua
perkhidmatan ini dilaksanakan serentak dengan menggunakan tenaga manusia
secara maksimum terutama sekali di peringkat daerah. Perlaksanaan yang berkesan
memerlukan Ketua Pejabat di Daerah yang berupaya merancang dan menggerakkan
jentera pelbagai agensi serta memantau keberkesanan program. PeIaksana wajib
menguasai kemahiran iktisas yang tinggi dalam pengurusan projek, pengurusan
tenaga manusia, pengurusan maklumat dan pembentukan jaringan kerjasama yang
berkesan, selain dari memiliki keunggulan dalam ilmu veterinar.
Pengurusan semasa Pejabat Veterinar Daerah
hanya ditangani oleh pegawai berkelulusan Diploma atau Sijil Pelajaran Malaysia.
Walaupun mereka sudah menjalani pelbagai kursus dalam perkhidmatan, tahap
keupayaan mereka terbatas kepada kerja-kerja separa iktisas dan tidak dapat
memenuhi tahap keperluan perkhidmatan iktisas yang menjadi pemangkin kepada
proses pembangunan industri ternakan.
| MENGENAI KAMI | BIDANG UTAMA PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINNAG |