Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English

 Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

                                  Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Perkhidmatan Haiwan                                   Negeri Pulau Pinang.

                                  Perkembangan teknologi informasi dan telekomunikasi (ICT)                                   membolehkan setiap individu melayari dunia maya tanpa                                   sempadan. Oleh itu laman web JPVPP adalah satu sumber                                   informasi yang telah dibina bagi membolehkan pelanggan                                   melayari dan mengenali dengan lebih dekat untuk memberi gambaran secara jelas mengenai bidang tugas jabatan kepada rakyat dan negeri Pulau Pinang secara khasnya dan kepada Negara amnya. Disamping memahami peranan JPVPP di dalam menjana perkhidmatan haiwan Negeri Pulau Pinang.

Laman web Jabatan ini telah dibangun untuk memaparkan selengkap mungkin pelbagai maklumat mengenai peranan Jabatan sebagai jentera penggerak utama dalam industri ternakan di Pulau Pinang. Selain maklumat industri, pelbagai modul aplikasi dan pautan berkaitan dengan sektor ternakan/veterinar telah dirangkaikan dalam laman web ini. Bagi memperbesarkan ruang lingkup perkhidmatan secara elektronik, Jabatan sedang dalam proses memasukkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat penting kepada pelanggan-pelanggan jabatan, penternak dan khususnya kepada pelajar-pelajar yang ingin mencari maklumat mengenai penyakit ternakan, makanan ternakan dan penemuan-penemuan terkini akan di muatkan ke dalam laman web jabatan dari masa ke semasa.

Web JPVPP akan sentiasa memperkemaskan dan memastikan supaya isi kandungan di dalam laman web akan memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan jabatan.

Penekanan yang diberikan pada bidang maklumat, komunikasi dan teknologi dan prestasi jabatan

Sebarang teguran dan nasihat mengenai kandungan dalam laman web ini amat dialu-alukan bagi memantapkan kualiti web ini. Dengan itu,

Selamat Melayari Laman WEB JPVPP.

Wassalam.

Dr. Wan Mohd Kamil Bin Dato' Wan Nik
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Perutusan Pengarah
PERUTUSAN PENGARAH