Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
Sejarah Penubuhan JPVPP

     Keperluan kepada penubuhan sebuah perkhidmatan haiwan bagi Negeri Pulau Pinang memang telah disedari oleh kerajaan British. Pada tahun 1800 Mr. Counter telah diarahkan oleh Lieutenant Governor Sir George Leith untuk mengadap Sultan Kedah bagi memajak Seberang Perai. Pajakan telah dibuat oleh kompeni dengan pajakan sebanyak $10000.00 setahun. Mengikut Winstedt (1961) pemajakan tersebut ialah bagi mendapatkan tanah di Pantai Kedah untuk tujuan pembiakan Lembu dan keselamatan pelabuhan keseluruhannya.

     Jadi tidak hairanlah jika Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang nerupakan JPH yang pertama ditubuhkan di Malaysia, di mana dari rekod yang dikesan jawatan Goverment, Veterinary Surgeon telah wujud di bawah Colonial Surgeon dalam pentadbiran negeri pada tahun1888. JPH (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) Negeri Pulau Pinang pada awalnya adalah sebahagian daripada Jabatan Perubatan.

 

 

Kembali

MENGENAI KAMI SEJARAH PENUBUHAN JPVPP