Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| NOTA SAINS VETERINAR | PERTERNAKAN LINTAH |
Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang bergerutu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai. Terdapat 650 spesis lintah di dunia di mana hanya diketahui 20 jenis spesis sahaja yang di pelihara untuk tujuan perubatan.
Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asalnya dimana seekor induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih sekali bertelur dan seekor lintah mempunyai 32 otak di badannya di mana melebihi 31 otak berbanding manusia. Cuba kita bayangkan?
Lintah adalah haiwan jenis ‘hermapordit’ iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah yang mencukupi untuk mengawan dan membiak. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk pembesaran lintah.
Sejak ribuan tahun lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Kandungan hirudin yang tinggi di dalam lintah adalah antikoagulan ( menghalang pembekuan darah ) yang sangat berkesan. Histamin pula berperanan sebagai vasolidator ( mengembangkan saluran darah).
Ternyata kaedah penyembuhan dengan menggunakan lintah merupakan tatacara yang telah digunakan dari Abad Pertengahan lagi. Seekor lintah mengandungi zat-zat di mana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka antaranya seperti berikut:
Khasiat-khasiat lintah


