M.
Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak?
Ditulis oleh Administrator
16 Jun 2005
- Jika anda adalah penternak
yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan
bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah
berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda
seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor
ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara
sebanyak 5 pusingan).
- Kurangkan kematian di bawah
paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.
- Jangan membazir makanan.
Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan
yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan
makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.
- Pastikan sistem pengurusan,
termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.