Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
SOALAN LAZIM ITIK PENELUR  
A. Di mana terdapat perusahaan itik telur?

Ditulis oleh Administrator
17 Jun 2005

Negeri-negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi negeri Kedah dan Perlis, perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Laut yang berdekatan akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi.


Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri.

Kembali >>