N.
Bagaimana caranya membina kandang yang betul?
Ditulis oleh Administrator
16 Jun 2005
- Kandang mestilah berlantai
konkrit. Luas lantai untuk seekor lembu ialah 3 meter persegi (lebih kurang
30 kaki persegi). Misalnya untuk 10 ekor lembu, kandang itu mestilah 10
meter Lebih kurang 30 kaki) panjang dan 3 meter (lebih kurang 10 kaki)
lebar. Tingginya ialah di antara 2.5 - 3.0 meter (lebih kurang 8 - 10
kaki).
- Tiang dan palang dinding
hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya kayu yang mahal. Kayu lama
atau kayu hutan yang baik boleh digunakan menjimatkan kos. Atap nipah
atau zing boleh digunakan sebagai bumbung.
- Lantai konkrit mestilah baik
dan tahan supaya kuku lembu tidak cedera. Kecerunan mesti sesuai supaya
air tidak bertakung dan ternakan berdiri dengan selesa.
- Palung makanan boleh dibuat
dari konktrit, papap atau tong minyak dibelah dua. Ruangan untuk makan
ialah 0.5 meter (lebih kurang 1.5 kaki) seekor.
- Palung air boleh dibuat diri
konkrit, tong minyak dikerat dua atau tong plasitik. Ruangan untuk minuman
ialah 0.2 meter (lebib kurang 3/4 kaki tiap-tiap) seekor.
- Kalau boleh di sekeliling
kandang ada pokok-pokok teduhan, tetapi tidak menghalang pengudaraan kandang
yang baik.