Q.
Apakah kerja harian di kandang fidlot?
Ditulis oleh Administrator
16 Jun 2005
- Perhatikan dahulu ternakan
secara keseluruhan jika ada temakan yang kelihatan sakit. Camkan kalau
ada yang kurang sihat atau tidak mahu makan, tempang, berak cair, keluar
liur, berbunyi ganjil atau terbaring.
- Periksa palung makanan dan
palung air, perhadkan sisa dedak dan anggarkan makanan yang perlu ditambah
hari itu.
- Basuh lailtan kandang dan
jika perlu ternakan itu sekali. Basuh palung air dan gantikan airnya.
Awas, palung makanan jangan dibasuh. Jika basah dedak akan cepat berbau
dan lembu tidak memakannya.Palung makanan perlu disapu sahaja. Sisa dedak
bolch ditolak ketepi. Setelah meleta dedak baru, sisa dedak tadi bolch
ditabur di atasnya. Jika dibuang, ia menbazir.
- Jika sah terdapat lembu yang
sakit, Pejabat Haiwan yang paling hampir perlu dipanggil untuk memeriksa
lebih lanjut dan memberi rawatan.
- Dengan 10 - 50 ekor temakan
masa yang perlu digunakan di kandang ialah antara 2 - 4 jam sehari. Masa
yang masih terluang boleh digunakan untuk membuat kerja lain.