Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| SOALAN LAZIM | LEMBU TENUSU |
Ditulis oleh Administrator
18 Jun 2005
Ya. Ada. Program Pembangunan Perusahan Tenusu telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan sejak tahun 1974 dengan objektif untuk meningkatkan pengeluaran susu dalam negara dan menambahkan pendapatan petani menerusi usaha tenusu. Dalam program ini rangkaian Pusat-Pusat Pengumpulan Susu (PPS) telah didirikan di seluruh Semenanjung.
Setiap PPS dilengkapkan dengan kemudahan pengumpulan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan susu. Terdapat juga pusat-pusat yang di lengkapkan dengan peralatan pemprosesan susu. Di samping kemudahan ini PPS juga mempunyai kakitangan mahir yang sedia membantu penternak dalam usaha peternakan tenusu.