Ditulis oleh Administrator
04 Julai 2005
Bentuk bantuan yang dapat diberi
oleh pihak JPV terbahagi kepada
dua jenis perkhidmatan iaitu :
- Pembangunan Industri
- Perkhidmatan
Kesihatan
- Industri Ternakan
Melibatkan runding cara untuk memulakan penternakan, panduan-panduan dan
juga khidmat nasihat untuk memastikan penternak mendapat ternakan dari
sumber yang bebas penyakit dan melaksanakan amalan penternakan yang baik
dan sebagainya.
- Latihan
Latihan untuk penternak disediakan dibeberapa pusat latihan yang berkaitan
dengan bidang ternakan.
- Kesihatan Ternakan
Kawalan dan pencegahan penyakit
Dalam aspek kesihatan pihak JPV bertanggungjawab untuk mengawal, mencegah
dan membasmi penyakit ternakan, ini adalah salah satu fungsi jabatan seperti
yang telah dinyatakan. Pihak jabatan akan mengesan dan memantau penyakit
ternakan secara berterusan di ladang.
- Rawatan
Pihak jabatan akan memberi perkhidmatan rawatan pada cas yang minima dan
perkhidmatan ini di berikan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
yang berdekatan.