Bersama
Ke Arah Kecemerlangan Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini. |
Pilihan
Bahasa |
Malay
, English |
| |
| SOALAN LAZIM | RUMINAN KECIL |
Ditulis oleh Administrator
04 Julai 2005
Industri ternakan di Negeri Pulau Pinang akan terus tertekan dengan pesatnya sektor perindustrian dan perbandaran. Laporan Sosio-Economic & Environmental Research Institute (SERI) dalam Penang Economic Report 2001 menunjukkan kawasan pengeluaran sektor pertanian berkurang dari 60,103 hektar pada tahun 1992 kepada 55,681 pada tahun 2000.
Untuk mengekalkan daya saing dalam sektor penternakan, antara strategi jabatan adalah memberi galakan kepada sektor penternakan yang tidak menggunakan ruang kawasan yang luas.
Ruminan kecil adalah antara sektor yang berdayasaing pada masa hadapan dalam bidang peladangan dan pengeluaran hasil kepada industri pemprosesan dan hiliran. Menternak ruminan kecil secara intensif boleh mengoptimumkan guna tanah kerana kambing bakabaik diternak dalam kandang, dengan pengurusan yang cekap dan pemakanan bermutu. Bidangusaha ini seterusnya menghasilkan daging yang berkualiti pada jangkamasa yang lebih singkat. Kementerian Pertanian Malaysia kini meletakkan keutamaan yang tinggi dalam meningkatkan pengeluaran daging kambing segar dari sembelihan tempatan.