Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Penafian : Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam Laman Web ini.

 
Pilihan Bahasa
Malay , English
SOALAN LAZIM RUMINAN KECIL  
Apakan potensi ternakan ruminan kecil di Pulau Pinang?

Ditulis oleh Administrator
04 Julai 2005

      Selaras dengan asas perancangan Dasar Pertanian Negara 3, 1998-2010 (DPN3), beberapa arahtuju strategi telah dirangka antaranya untuk merasionalkan penggunaan tanah, meningkatkan kecekapan dan produktiviti, memperkukuh asas ekonomi dan memperkukuh daya saing.

Salah satu bidang keutamaan JPV adalah pengeluaran daging secara integrasi dengan ladang kekal seperti penternakan kambing atau bebiri secara integrasi di ladang kelapa sawit dan sebagainya. Pilihan yang kedua adalah dengan mengusahakan sistem penternakan intensif bagi meminimakan kadar gunatanah.

Kedua-dua cara ini dapat merasionalkan guna tanah bagi mengurangkan kos pengeluaran masa depan industri ternakan ruminan kecil di Pulau Pinang adalah menggalakkan. Jurusan ruminan kecil mampu berdayasaing walaupun dengan sumber yang terhad kerana permintaan sentiasa melebihi penawaran.

Kerajaan mengalakkan peningkatan pengeluaran makanan dalam negara bagi mengurangkan penggantungan kepada import. Penternak juga ditawarkan berbagai insentif seperti pinjaman 3F (Fund For Food) dan penternak patut mengambil peluang ini bagi mempertingkatkan pengeluaran ladang.

<< Kembali >>