BMlogolamanweb compressed

Saturday, 05 September 2015
Bahasa Ketiga

Negeri-negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi negeri-negeri Kedal, dan Perlis, perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Laut yang berdekatan akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi.

Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri.

Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.

Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itikitik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Baka dan Pengeluaran Itik Telur

Baka

Berat Telur (gm)

Bil. Telur setahun (52 minggu)

Khaki Campbell Kacukan (Thailand) 70 260 - 274 biji
Kortlang Khaki Campbell (U.K.) 70 300 - 320 biji
Indian Runner 70 250 - 275 biji
Cherry Valley C2000 75 275 - 280 biji
Itik Jawa 65 180 - 200 biji
  1. DI MANA TERDAPAT PERUSAHAAN ITIK TELUR ?
  2. ADAKAH KOLAM AIR MESTI DISEDIAKAN UNTUK MEMELIHARA ITIK TELUR?
  3. BAKA-BAKA ITIK TELUR YANG SESUAI DAN PENGELUARANNYA

Pada masa sekarang terdapat dua (2) sumber utaria yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) ada memelihara indukbaka itik telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari baka Khaki Campbell.

Harganya berbeza-beza. Biasanya di dalam lingkungan $0.80 - $2.00 seekor. Harga anak itik telur daripada Pusat Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya $1.50 seekor dan hanya anak itik betina saja akan dibekalkan kepada penternak.

Pastikan anak itik yang terdiri daripada baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga yang mahal sedikit.

Anak itik yang murah adalah anak itik yang berkualiti rendah dan tidak akan mengeluarkan telur seperti yang dijangkakan.

Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api/lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.

Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang scimbang akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai.

Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada 3:

Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah.

Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 - 2.1 kg.

Selain daripada memberi makanan yang bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan screntak apabila diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi. Scritiasa tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan keluasan bekas makanan yang lebih besar.

Berat badan itik sering tidak scimbang terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan makanan yang tidak mencukupi. Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 - 2 minggu bagi anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya. Apabila beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan.

Jadual makanan itik telur yang teratur boleh didapati daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda.

Jika anda menggunakan makanan yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 - 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 - 200 gm sehari.

Ada penternak yang menyimpan itik mereka sehingga 3 tahun. Waktu bertelur yang paling sesuai adalah dalam lingkungan 2 tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan.

Tidak boleh! Kulit telur mempunyai rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun.

Untuk mengelakkan kulit telur menjadi terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan kering.

Terdapat dua sistem perumahan yang boleh dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut.

Bagi pengurusan yang separa intensif, itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentemak yang ingin menjalankan projek temakan itik telur.

Kawasan yang diperlukan adalah mengikut sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika dibandingkan dengan sistem separa intensif.

Jadual 2 menyarikan keluasan reban yang diperlukan bagi itik

Jadual 2 : Keluasan Reban - Itik Tetur

Sistem
Perumahan
Umur Itik Telur
1 hari
hingga
4 minggu
5 minggu
hingga
20 minggu
20 minggu
ke atas

Intensif

10 ekor / m2 6 ekor / m2 4 - 5 ekor / m2
Separa Intensif 8 ekor / m2 7 ekor / m2 2 - 3 ekor / m2

Bagi Penternak yang mengamalkan sistem separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang berukuran 14m x 2Orn Pdalah sesuai untui 500 - 600 ekor itik

Bekas atau tempat bertelur hendaklah bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari abok papan atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang 4)asah dan gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 x 4(1 x 30cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik.

Selain daripada itu, kawasan reban hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia sentiasa bersih dan kering.

Menjual telur itik sepatutnya tidak ada apa-apa masaalah, jika mutu adalah baik kerana selain daripada menjual sendiri, FAMA ada membeli telur itik, terutama di kawasan utara, iaitu di negeri Kedah dan Perlis.

Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya rendah dan wama kuning telurnya yang pucat. Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur itik tersebut.

Bagi pentemak yang mencampuri makanan itik telur mereka sendiri, kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang mengandungi sejenis bahan pewama yang dikenal bebagai xan thophyll dan ia boleh memberi warna merah kepada kuning telur. Kulit udang adalah sukar diperolehi.

Selain daripada kulit udang, pewarna sintetik juga sering digunakan. Pewarna tersebut dikenali sebagai "corophyll".

BAGAIMANA WARNA KUNING TELUR DITENTUKAN ?

Telur itik akan dipecahkan dahulu untuk melihat kuning telur. Kuning telur tersebut pula dibandingkan dengan kipas pewarna Roche (Roche's colour Fan). Kuning telur yang pucat mempunyai bacaan 1 - 12. Bacaan 13 - 15 adalah bagi kuning telur yang merah

BAGAIMANA MEMPEROLEHI "CAROPHYLL"?

Kedai-kedai atau agen membekal makanan itik ada menjual bahan pewarna tersebut. Jika terdapat sebarang masalah untuk membeli pewarna tersebut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

"Carophyll" ini mahal harganya iaitu di dalam lingkungan $360 - $390/kg. Penggunaannya adalah sedikit dan bergantung kepada warna telur itik yang sedang bertelur. Kebiasaannya 8 -12gm "carophyll" digunakan bagi setiap 100 kg. makanan.

Untuk mencampurkan "carophyll" ke dalam makanan, ambil carophyll yang diperlukan dan campurkan dengan 1 - 2 kg makanan. Gaul saina rata dan selepas tersebut, 5 kg makanan pula dicampur dengan campuran yang terdahulu. Ulang cara ini beberapa kaii dengan menambah makanan ke atas campuran yang telah dicainpur dengan carophyll.

Cara ini ialah untuk mendapatkan campuran makanan yang sebati dan benar-benar mengandongi carophyll.

Telur asin dan telur abad adalah di antara telur itik yang telah diawit dan boleh didapati di kedai-kedai dan supermarket

Jika kebersihan reban dan air minuman dijaga dengan rapi, itik tidak mudah dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang kebiasaannya mudah diperolehi oleh ayam. Itik juga lebih tahan dari tekanan persekitaran (environmental stress jika dibandingkan dengan ayam, tetapi jika terdapat sebarang tekanan, pengeluaran telur akan berkurangan.

Sila dapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik.telur anda didapati tidak sihat.

Ya. Kos mengeluarkan sebiji telur itik ialah dari 6 - 12 sen jika menggunakan makanan campuran sendiri. Purata pengeluaran telur itik sehari dianggarkan lebih kurang 60 - 65% daripada jumlah itik telur.

Jika penternak menggunakan makanan komersial, purata pengeluaran sehari ialah 70 - 75% dan kos pengeluaran sebiji telur adalah dalam lingkungan 10 - 14 sen/biji.

Harga sebiji telur itik gred A (melebihi 65 gm dan warna pada kipas Roche 14 - 15) ialah 15 - 18 sen/biji.

Kategori: Soalan Lazim


Hubungi Kami :

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084369 |  Faks : +604-5084366
| Email : admin @  jpvpp.gov.my


Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 keatas, Firefox 3.6, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk memuat turun versi IE terkini & muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF

Terma & Syarat | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman

Hakcipta Terpelihara 2015 © Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

dvspenang

Tarikh kemaskini:
1 September 2015