Thu, Apr 24, 2014
Text Size

header website bm

Burung Walit

Penuaian sarang burung Walit dari gua-gua secara komersal telah dijalankan sejak lebih 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil penuaian pertama adalah dari Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878. sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian burung Walit ini. Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan, mesra haiwan, ekonomi, lestari pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar. Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang.

Burung Walit berada di dalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki dan ini tidak berupaya di tanah. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Burung ini cekap berterbangan di udara ( areal ability ) dan saiz burung Walit adalah kecil. Ukuran panjangnya adalah 13sm dan yang terkecil 7.5sm. burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Ia membiak di dalam gua atau premis yang berkeadaan seakan-akan gua. Sesetengah spesis ini menggunakan ekolokasi ( echolocation ) seumpama kelawar, untuk terbang ( navigate ) dalam gelap.

Sarang burung Walit berharga dan diterokai sebab ianya mengandungi sedikit sahaja bulu atau bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta ringgit dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada beberapa buah premis penternakan burung Walit.

Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan habitat yang tertentu. Sarang burungb Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi. Sarangnya tidak berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Masyhurnya sarang burung Walit disebabkan ianya adalah ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.


Kehidupan ala-bandar:

Makanan asas burung Walit adalah serangga yang ditangkap semasa ia berterbangan. Aktiviti harian seterusnya, membuat sarang di antara batu-batan dan simen di dalam atau di sisi bangunan di Bandar dan kota raya. Burung-burung ini akan terbang pantas sambil mengkilas serta menebusi ruang udara di antara liku-liku jalan dan rumah mencecah dinding, mencelah antara ruang kecil dan terus terbang kea wan. Pada masa yang sama, ia akan mengeluarkan kicauan yang bernada tinggi ( high pitched ). Dari pandangan burung Walit pada pandangan aras terbangnya, dinding perumahan adalah seakan-akan ‘permukaan batu-batan’, dan ruang di antara dinding atau atap membuka peluang untuk membuat sarang di dalam ‘gua’. Oleh kerana persekitaran bandar sanagat sesuai dan selesa, ini menjadikan sedikit sahaja burung Walit yang membiak di habitat semulajadinya di hutan rimba.

Di dalam mencatatkan Amalan Baik Penternakan Haiwan, beberapa perkara diambil kira iaitu :

1. Keperluan fizikal dan perilaku haiwan pembiak dan bukan pembiak;
2. Perlakuan berperikemanusiaan;
3. Keselamatan manusia;
4. Keselesaan pengurusan haiwan, dan
5. Keuntungan yang baik bagi premis.

‘Lima Kebebasan’ , sebagai kayu pengukur bagi kebajikan haiwan adalah :

• Bebas dari lapar dan dahaga.
• Bebas dari ketidakselesaan, kehangatan dan fizikal.
• Bebas dari kesakitan, kecederaan dan penyakit.
• Bebas dari keresahan.
• Bebas mempamerkan perilaku dan fisiologi yang semulajadi.


Antara spesis Burung Walit

1. Collocalia esculenta cyanoptila.
2. Collocalia linchi dodgie.
3. Aerodramus fuciphagus vestitus.
4. Aerodramus fuciphagus amechanus.
5. Aerodramus fuciphagus fuciphagus.
6. Aerodramus maximus lowi.
7. Aerodramus maximus tichelmani.