Rabu, September 08, 2010
   
Text Size

Tahap Pematuhan Aspek Keselamatan Pekerja Agensi Pertanian Masih Rendah

KOTA BAHARU, 17 Nov (Bernama) -- Tahap pematuhan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi agensi-agensi di sektor pertanian di negara ini masih rendah dan tidak memuaskan, kata Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir Amir Yahya.

Sehubungan itu, katanya, JKKP sedang meningkatkan kefahaman dan maklumat menerusi gerakan penerangan atau "road-show" yang diadakan di seluruh negara membabitkan semua pegawai dan kakitangan berkaitan dalam agensi berkenaan.

"Fenomena ini dilihat mungkin disebabkan JKKP baru memberi tumpuan kepada sektor ini, sejak ianya ditukar nama daripada Jabatan Jentera dan Kilang pada 1994," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sektor pertanian di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lundang, pada Selasa.

Amir berkata, sejak 2007 hingga Oktober lepas, JKKP telah membuat pemeriksaan ke atas 156 tempat daripada 198 tempat kerja berdaftar di seluruh negara untuk menentukan tahap piawaian keselamatan pekerja di sektor pertanian yang membabitkan tanaman dan perladangan di seluruh negara.

Menurutnya, pada tahun lepas, sebanyak 59 kemalangan dilaporkan berlaku di Kelantan termasuk lima kes kemalangan maut dan 51 kes kecederaan.

Katanya pada masa ini terdapat 174 tempat bekerja berdaftar di bawah Jabatan Veterinar dan 67 Jabatan Perikanan di Kelantan yang dikategorikan tahap pemeriksaan Gred A hingga E.

Amir berkata, gerakan pemantauan yang dibuat oleh jabatannya di sektor pertanian penting bagi memastikan sektor itu benar-benar menjadi sektor yang mempunyai tahap kebersihan yang tinggi seiring dengan produktiviti mereka.

-- BERNAMA

National Geographic

Login Form