Jumaat, September 10, 2010
   
Text Size

Peningkatan Populasi Kambing Seluruh Negara Cecah Nilai RM300 Juta

KUALA TERENGGANU, 23 Nov (Bernama) -- Populasi kambing di seluruh negara meningkat kepada 310,000 ekor bernilai lebih RM300 juta tahun ini berbanding 200,000 ekor tahun lepas, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)(Pembangunan) Datuk Dr Ibrahim Che Embong.

"Pada tahun ini lebih 10,000 ekor kambing dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta dibawa masuk ke negara ini untuk meningkatkan populasi ternakan itu," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Pada masa ini, katanya terdapat lebih 15,000 pengusaha ternakan terlibat secara langsung dengan ternakan kambing di seluruh negara.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM17 juta kepada JPV untuk program ternakan kambing di seluruh negara tahun ini.

Dr Ibrahim berkata beberapa strategi dirangka oleh JPV untuk mempertingkatkan penjualan kambing, khususnya penjualan daging kambing serta mengeluarkan 13 episod program TV untuk mempromosikan produk kambing.

Beliau berkata pada tahun depan, JPV akan memberikan penumpuan 100 peratus kepada pemasaran untuk membuka peluang kepada penternak yang berkembang begitu pesat di seluruh negara memasarkan ternakan mereka.



-- BERNAMA

National Geographic

Login Form