Rabu, September 08, 2010
   
Text Size

Balik Pulau Bakal Menjadi Pengeluar Baja Cacing

PULAU PINANG, 8 Dis (Bernama) -- Kawasan Balik Pulau akan menjadi lembah organik dalam tempoh lima tahun akan datang termasuk dengan penubuhan akademi penghasilan baja cacing sebagai permulaannya.

Perkara ini dinyatakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Datuk Seri Hilmi Yahaya bahawa projek berkenaan telah bermula dua tahun lalu.

"Penubuhan akademi ini juga adalah bagi memberi pengetahuan kepada penduduk menghasilkan baja mereka sendiri, katanya kepada pemberita di akademi tersebut di Sungai Burung Selasa.

Beliau berkata kira-kira 200 penduduk telah mendaftar bagi kumpulan pertama untuk mengikuti kursus selama tiga bulan secara percuma.

Mereka hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM1,640 untuk membeli peralatan.

Hilmi berkata baja yang dihasilkan semasa latihan itu akan dibenarkan untuk dijual atau digunakan kepada tanaman peserta.

Beliau berkata baja yang dihasilkan dalam bentuk pati atau tahi cacing adalah kaya dengan nutrien yang amat sesuai untuk kesuburan tanaman dan berkos rendah untuk digunakan berbanding baja kimia.

"Kita telah menguji keberkesanan baja cacing di sawah padi dan hasilnya adalah amat menggalakkan," katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai program penghasilan baja cacing boleh menghubungi Mohd Ali Othman di talian 012-578 8385 atau Jaafar Masyar menerusi 016-494 5490.

-- BERNAMA

National Geographic

Login Form