Rabu, September 08, 2010
   
Text Size

Pengamal Perubatan Tradisonal Temui Kalimah Allah Pada Ikan Toman

KUANTAN, 19 Jan (Bernama) -- Seorang pengamal perubatan tradisional menemui seekor ikan toman yang tertera kalimah Allah pada badannya ketika sedang menjaring di Sungai Talang, Indera Mahkota dekat sini, Jumaat lepas.

Sahabudin Samsudin, 50, berkata beliau menyedari kalimah Allah pada ikan toman seberat kira-kira 10 kilogram itu ketika memberi makan ikan tersebut pada keesokan harinya.

Menurutnya, kalimah Allah itu jelas kelihatan ketika ikan berwarna ungu itu menerapungkan badannya.

Katanya kejadian itu bermula ketika beliau turun ke sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya untuk mencari anak ikan untuk diberi makan kepada seekor ikan toman yang dibelanya sejak beberapa bulan lepas.

"Ketika mencari anak ikan kira-kira 6 petang, saya lihat ada seekor ikan toman menghampiri saya dan ia tidak meronta menyebabkan saya senang menangkapnya dan mengisinya ke dalam tong," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini Selasa.

Beliau kemudian menyimpan ikan tersebut ke dalam tong berwarna hitam di halaman rumahnya dan akan menjual ikan itu kepada sesiapa yang mahu memilikinya.

-- BERNAMA

National Geographic

Login Form