Permohonan Bantuan Ternakan JPVPP
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Ternakan 2010 dan lain-lain bantuan yang berkaitan dengan JPVPP dibuka mulai 1 Januari 2010 hingga 1 Mac 2010. Sila berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berdekatan untuk maklumat lanjut.
Syarat-syarat permohonan :
1. Mempunyai pengalaman menternak / mengusahakan aktiviti berkenaan**
2. Mempunyai kawasan yang sesuai dengan aktiviti dijalankan
3. Tanah milik sendiri atau kebenaran tuan tanah diperlukan jika status tanah sewa atau tumpang
4. Mempunyai kemampuan dan modal yang mencukupi
**Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang belum menerima sebarang bantuan. Walaubagaimanapun , pertimbangan bantuan diberikan berdasarkan potensi dan kelayakan. Sebarang keputusan jabatan adalah muktamad
Sila hubungi :
1. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah SPU - 04-5732616
2. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah SPT - 04-5394104
3. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah SPS - 04-5824366
4. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Barat Daya - 04-8668231
5. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut - 04-2285734