Mon, Apr 21, 2014
Text Size

header website bm

Sistem eSPEKS - Semak Penyata Gaji Secara Online

Perlaksanaan Sistem eSPEKS Untuk Semua Kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Y.B Dato' / Y.Bhg. Dato' / Tuan / Puan,


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membangunkan sistem eSPEKS untuk kegunaan semua kakitangan Kerajaan Negeri seluruh semenanjung Malaysia. Sistem eSPEKS ialah portal yang membolehkan penyata gaji, penyata pendapatan tahunan dan makluman bayaran diakses secara dalam talian dan dicetak terus oleh semua kakitangan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) merancang untuk menggunakan Sistem eSPEKS di semua Jabatan Negeri Pulau Pinang bermula Julai 2012. Penggunaan sistem ini akan melibatkan semua kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebelum pelaksanaan secara sepenuhnya pada Julai 2012, semua kakitangan Jabatan Negeri Pulau Pinang dipohon untuk mendaftar dan menggunakan sistem ini mulai 1 Mei 2012. Penggunaan sistem eSPEKS akan membolehkan semua kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencetak Penyata Gaji bulanan dan tahunan secara terus dalam talian.

Bagi makluman semua, penyata gaji bulanan tidak akan dicetak oleh JKNPP bermula Julai 2012. Sesi taklimat dan penerangan mengenai penggunaan sistem ini akan diadakan sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Sistem eSPEKS boleh diakses di pautan berikut : https://espeks.penang.gov.my/espeks

Panduan penggunaan eSPEKS boleh dimuat turun di pautan berikut :https://espeks.penang.gov.my/espeks/usermanual/Manual_Pengguna_espeks.PDF


Sebarang masalah dan pertanyaan boleh diajukan kepada En.Refnaldy Bin Azuardi, Pegawai Teknologi Maklumat JKNPP di talian 04-2623505 sambungan 218 atau melalui emel di refnaldy[at]penang[dot]gov[dot]my