Cirit Birit Pada Ternakan Kambing

DIAREA atau cirit birit disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai.
Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis).
TANDA KLINIKAL
1. Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi
2. Najis cair/lembik, berubah bau/warna
3. Tiada selera, lemah, kematian
KAWALAN
1. Tingkatkan pengurusan - kebersihan kandang, alatan, air
2. Pengurusan makanan yang betul
3. Program ubat cacing
4. Asing ternakan sakit, rawatan awal
RAWATAN
Antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat
Rawatan sokongan - elektrolit/cecair, metabolic stimulant